Muhammad Fadhil bin Roslizan.
Seorang insan biasa yang dilahirkan dari rahim ibu yang bernama
Roziah binti Mohd Said
pada tanggal
29 Ramadhan 1412H
bersamaan dgn 1 April 1992M.
Dibesarkan bersama-sama
ENAM BERADIK
yang lain dengan pengorbanan seorang bapa bernama
Roslizan bin Ahmad Mahidin.
Minat pada bidang seni fotografi membuatkan dirinya suka berfikir secara kreatif. Menjadikan fotografi sebagai hobi di dalam kehidupan sehariannya dan menjadikan alam semula jadi sebagai tema fotografinya.


"Cukup bagiku Guru, Ayah dan Emak. Lengkap bagiku Agama, Rasul dan Allah."

8.11.12

Pilihanraya Malaysia vs Pilihanraya Amerika Syarikat

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum BLOGGIE.
November sudah.
Dan bulan November ini dimulakan dengan isu Pilihanraya Amerika Syarikat dan semua sudah sedia maklum bahawa jawatan Presiden Amerika Syarikat kembali ke tangan Barack Obama. Barack Obama yang sebelum ini telah mengambil alih jawatan tersebut daripada Geourge W. Bush telah berjaya melaksanakan tugasannya selama 4 tahun dan kini tugasnya bersambung untuk 4 tahun lagi dengan menewaskan lawannya dari parti pembangkang, Romney.


Dah kenapa tetiba aku nak cerita pasal Amerika Syarikat? HAHAHA. Bukan sebab aku nak bangga sangat dengan Amerika Syarikat ni tetapi saja nak share pendapat aku tentang perbezaan pilihanraya di sana dan pilihanraya di Malaysia ni. Pemikiran dan jati diri pemimpin di sana amat berbeza dengan pemimpin kita ni. Apa bezanya? Ayuh, kita bincangkan. (ini hanya pendapat aku)

Di Amerika Syarikat, sebelum pilihanraya ketua bagi setiap parti politik akan berani tampil ke hadapan dan membentangkan hujah dan fakta mereka dengan berani. Setiap kata-kata mereka jelas dan vision setiap parti juga jelas. Bukan hanya kata-kata kosong tetapi detail dalam hujahnya dapat dibuktikan. Selain itu, kedua-dua belah parti tidak bergadoh sesama sendiri. Mereka berani berdepan dan berani berdebat untuk membenarkan fakta masing-masing. Ini lah ciri-ciri pemimpin yang berani. Bukan hanya berani bermegah di hadapan penyokong dan kroni-kroni tersendiri. Selain itu, apa yang aku lihat, setiap parti politik di AS hanya akur dengan ketua setiap parti. Tiada agenda tersembunyi. Setiap fakta yang dikeluarkan oleh ketua parti disokong oleh semua pihak. Parti yang berlawan juga takda kutuk dan maki sesama parti. Mereka boleh menjadi member dan kawan selepas salah satu parti memenangi pilihanraya.

Tetapi apa yang aku lihat sendiri di negara aku ini, setiap parti politik ada agenda tersendiri. Tak kisah lah baik dari segi parti bebas ke, parti berhaluan kiri ke, pembangkang mahupun kerajaan. Semua ada agenda tersendiri dan tersembunyi. Selain itu, pemimpin di negara aku yang tercinta ini jelas ketakutannya. Takut untuk berdepan dengan parti pembangkang. Yang di pihak pembangkang memang tugas mereka membangkang untuk mendapat perhatian dan jika kerajaan yakin akan kebenaran dan kekuatan yang dimiliki di negara ini yang kononnya telah bertapak selam 50 tahun tanpa bertukar kerajaan, apa yang mahu ditakutkan. Selain iu, fitnah, rasuah dan segala kegiatan negatif berleluasa di dalam politik negara yang dinamakan Malaysia ini. Secara peribadi, sebagai rakyat Malaysia yang baru bercambah idea dan terbuka minda melihat dunia politik berasa amat sedih dan amanah rakyat yang diberikan kepada pucuk pimpinan tidak dipegang teguh. Di mana rakyat harus meletakkan harapan dan bantuan jika pemimpin negara pon tidak melambangkan sifat keberanian. Pemimpin negara yang paling dikutuk dan dihina bagai binatang. Dicaci maki sesuka hati. Adakah ini yang kita inginkan? Jangan salahkan rakyat. Pemimpin harus membetulkan keadaan dan mengambil hati rakyat. Penuhi janji yang ditepati dan jangan dipengaruhi dengan agenda tersendiri.

Aku tidak berat ke mana-mana parti sebab pada aku jika dilihat bebetul baik semua parti-parti di Malaysia tiada satu pun yang telus dan jujur dalam memimpin negara. Benarlah kata tok guru jika diri sudah dikuasai oleh Harta dan Pangkat, Amanah, Janji dan Percakapan menjadi bercanggah dengan hati lalu syaitan mudah menguasai diri maka terjadilah perkara-perkara yang tidak elok dan merosakkan negara sendiri.

Tanpa sedar kesan besar kepada negara kita ini adalah kehancuran kepada bangsa dan agama asal iaitu bangsa Melayu dan agama Islam. Memang kini nampak seperti Islam itu gah dan Melayu itu ramai. Tetapi Melayu dan Islam itu sendiri sudah hancur sebab itu Melayu kini pengecut dan hanya berani jika ramai. Aku pun bangsa Melayu dan beragama Islam. Bukan untuk menghina kaum sendiri tetapi hanya ingin membuka minda kita semua. Sama-sama perbaiki diri dan sama-sama memperbetulkan.

Janganlah dibiarkan negara ini yang asalnya nama Tanah Melayu dibiar dirakus oleh bangsa lain. Pertahankan ia. Jika tanah ini diambil orang maka hancurlah Melayu. Hancurlah Islam. Nauzubillahminzallim. Sekian.

Luahan hati dan rasa :
fotofadh

27.10.12

Makhluk Jenis Apakah Kita Ini?


Saat diri lemah,
Saat diri sedih,
Saat diri takut,
Saat diri sepi,
Saat diri sunyi,
Saat diri kosong,
Saat diri hilang arah,
Kita mula mencari Dia,
Kita mula agungkan Dia,
Kita mula muliakan Dia.

Saat diri bahagia,
Saat diri gembira,
Saat diri suka,
Saat diri ceria,
Saat diri senang,
Saat diri muda,
Saat diri kuat,
Saat diri penuh,
Kita mula lupakan Dia,
Kita mula tinggalkan Dia,
Kita mula jauh dengan Dia.

Adakah ini namanya adil?
Adakah namanya kasih?
Adakah ini namanya syukur?
Adakah ini namanya hamba?
Adakah ini namanya cinta?

Ketika susah Dia kita harapkan.
Ketika senang Dia kita ketepikan.
Ketika sedih Dia kita dambakan.
Ketika gembira Dia kita lupakan.
Ketika sepi Dia kita carikan.
Ketika bahagia Dia kita endahkan.

Makhluk jenis apakah kita ini?
Makhluk yang hanya tahu bersyukur dan berharap kepadaNya ketika susah.
Dan mula melupakanNya tika mengecapi saat bahagia.

"Ya Allah Ya Rabb, ampuniku atas kekhilafan diriku."




secebis nukilan :
Fotofadh

26.10.12

Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Eiduladha

Assalammualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.

Pohon jejawi menjulur ke bumi,
Redup di bawah sunyi dan sepi,
Fotofadh menyepi BLOGGIE menyepi,
Kini kembali menceria kembali.

Fuhh~ Sekian lama aku tak menulis di BLOGGIE. since semester 5 bermula, aku dah tinggalkan BLOGGIE hampir 5 bulan. Al-maklum lah. semester akhir. sudah pastinya nak fokus pada study kan. tambahan pula semester yang lepas adalah semester terakhir aku. oleh itu penumpuan yang lebih harus diberikan.
Alhamdulillah. Kini sedang menanti result exam yang kata nya akan keluar pada 9 November 2012. OMAIGAD~ cuak jugo den raso nie ehh~ Hahaha. Bukannya apa. Kalau ada paper yang kantoi, tak pasal-pasal kena extend sampai sem 7. Fuh letih lah kan. Guwa dah happy-happy cuti ni nak kena mula balik kan? hopefully not la. inshaAllah. Harapnya semua akan selamat dan result pon terbaik. Mudah-mudahan.

Eh, lupa pulak. Hari ni kan 10 Zulhijjah 1433H. Maknanya hari ni Hari Raya Eiduladha la kan. So, kesempatan pada post terbaru ni, aku nak ucapkan lah Selamat Hari Raya Eiduladha kepada semua umat Islam di serata dunia. Semoga ibadah korban yang dibuat itu diterima Allah SWT dan kita sama-sama memperoleh rahmat dan redha dariNya. InshaAllah.

Sebut mengenai korban. Apa itu korban? Adakah korban itu hanya menyembelih daging dan memberinya kepada semua fakir miskin di kawasan setempat? Korban di dalam definisi kita menyambutnya adalah mengorbankan diri kita kepada Allah SWT. Seperti kisah Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Nabi Ibrahim as diperintahkan oleh Allah SWT supaya menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail as. Namun, Nabi Ibrahim as tidak sampai hati untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Lalu, dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT, Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk menggantikan anaknya itu dengan mengorbankan sejumlah daging binatang ternakan dan daging itu perlu diagihkan kepada fakir miskin. Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran ini menceritakan kita sebagai hamba harus mengorbankan hidup kita sepenuhnya kepada Yang Maha Besar. Tanpa Allah SWT yang memberi segala-galanya kepada kita, kita tidak akan wujud di dunia ini. SubhanaAllah, Alhamdulillah.

Baiklah, itu sahaja perkongsian sedikit cerita dari abam untuk semua readers. semoga amalan yang kita lakukan pada hari ini dan hari-hari seterusnya (11, 12 dan 13 Zulhijjah) akan diterima dan INGAT! jangan sekadar melakukan ibadat yang mulia tetapi masih melakukan dosa dan kesilapan. Lakukan perubahan hari demi hari. InshaAllah.

Sekian.
Wassalam.


secebis nukilan :
Fotofadh

22.5.12

Old Time No New Post

Assalammualaikum.
BUSY!!
WILL COME BACK SOON!!
insyaAllah :)
Sekian. Wassalam.

ikhlas dari :
FotoFadh Darul Insan

3.3.12

Good HACKER vs Bad HACKER

Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum.ohh hari ni hari sabtu.aku maish di Jengka.family aku semua sedang berseronok di Sitiawan, Perak.ohh jeles doe..nak ikot pegi perak.ni semua sebab kerja projek Web Design yang tak siap lagi.so kene stay.arghh!!malas betui la.huishhh..tapi takpe la.next time bole la pergi perak.jejalan.jumpa kawan-kawan lama.haha.oke.cukup lah mukadimah aku untuk post kali ni.


so, according to my title post for this time, we will discussing about HACKER.refers to Encik Wiki hackers can be described as "who accesses a computer system by circumventing its security system"..paham tak?haha.speaking london pulak aku ni kan.senang citer "HACKER" ni orang yang bole masuk dalam sesuatu sistem la contoh sistem online mcm sistem pendaftaran and yang paling famous sekarang ni hackers on FACEBOOK la.aha.ramai dah yang kene.FACEBOOK banyak kali dah update security for network diorang.tapi HACKERS ni terus maju.so, sampai bile nak selamat pon tak tahu la.sebab tu jangan sesuka hati je dedahkan maklumat peribadi kita dalam social network.oke?done for definition =)

HACKER ni sebenarnya pada asalnya baik tau.tapi sebab penyalahgunaan ilmu yang dipelajari,tu yang jadi pecahnya pelbagai rahsia.rahsia kerajaan pon bole pecah jika HACKERS ni berjaya pecah masuk sistem kerajaan.

Good HACKER ni sebenarnya bole membantu meningkatkan security dalam sesuatu sistem.so kemahiran individu macam ni digunakan untuk tujuan kebaikan la.setiap sistem memerlukan tahap keselamatan atau security yang tinggi supaya maklumat yang disimpan di dalam memory sistem tu terjaga rapi dan hanya boleh diketahui oleh sesetengah pihak sahaja.

Bad HACKER ni yang masalahnya.diorang masuk sistem and cuba mencari mcm-mcm maklumat rahsia dan memecahkan rahsia maklumat tersebut kepada pengetahuan umum.sebab itu bahagia HACKER yang begini.contohnya dalam FACEBOOK, account seseorang itu tetibe di-access oleh individu yang tak dikenali.lalu, HACKER akan menukar facebook.meletak maklumat yang palsu dan akan memberi kesan negatif kepada mangsa.jadi, bahaya jika kita menyimpan maklumat-maklumat peribadi di dalam laman sosial.

Good HACKER vs Bad HACKER ini yang menarik.Good HACKER akan menggangu sistem yang dibuat oleh Bad HACKER dan cuba untuk mengembalikan sistem yang telah diceroboh kepada asal.so peranan Good HACKER ini lebih kepada membantu la.jadi, jangan la memandang serong kepada HACKER sebab tidak semua HACKER ini jahat.ada jugak yang menggunakan kepakaran HACK yang diorang untuk meningkat security di dalam sistem.

Salam Ikhlas :
FotoFadh Darul Insan
p/s : aku bukan HACKER tapi seronok tengok HACKER bekerja.fyi, ini semua tafsiran dari aku.tiada mana rujukan yang aku buat.sekian.

1.3.12

wohoo!!HelloWORLD.. FotoFadh is back!hahaha.

 

Assalammualaikum readers, bloggers adn BLOGGIE.haha..
weh..bersawang..banyaknye tikus kat blog aku nie.shuh3x..haha..dua nak dekat dua bulan dah tak update apa-apa dalam blog nie.haiyaaaaa..haha.tgk tu.semak je.habuk and debu penuh je.ohok3.haha..<--over statement. 

ok guys.sorry la..fotofadh lame menyepi mendiamkan diri dari arena blogging nie.aku pergi sembunyi dalam gua.tu yg tak de line nak update blog.haha..ni baru nak keluar dari gua.merepek suda kan?

actually part 4 totally busy.haha.mcm-mcm pkra nak kene settle.huishhh..letih benor rasenye.btw, minggu ni adalah minggu akhir untuk kuliah.haha..so makna nya FINAL EXAM dah dekat weh..seriously seram.kejap je rase semester 4 ni berlalu.maybe sebab banyak sgt cuti kot.hurmm..mana taknye..cuti awal muharram..then smbg dgn cuti mid sem + tahun baru + krismas..selang beberapa minggu cuti tahun baru cina pulak.then cuti lagi maulidur rasul..haha..kan banyak cuti tu.hehe..kesian pada lecturer yang berkejor nak habis syllabus..kami student pon kene kerah tenaga jugak la nak kene attend kelas-kelas ganti and test yang bertimbun.sabojela.

so, final exam yang akan bermula pada 12 March 2012 nanti akan berlangsung selama 3 minggu.last date for final exam this sem on 1 April 2012.oh!!my 20th birthday.haha.tp paper aku habis awal sehari sebelum tu.thats mean 31 March.aha..so bole la sambut birthday dgn family.eeeyahoo!haha.dah 20 tahun dah aku ek.perangai still mcm bebudak.hurmm..sabojela.

final exam kali ni risau sikit.subjek yang aku risaukan adalah calculus II, operating system and java.ouh..kene score subjek ni.mcm calculus II aku mmg kene lulus la.kal x lulus mmg extened dua semester la jawabnya sbb die ade kaitan dgn subjek akan dtg.auch letih.rase rugi pulak x amik calculus II tu sem lepas.hehe.kot-kot sng lepas sem ni.letih la.hurmm..tp x pe la.dah itu ketentuan dariNya kan.redhajela.hehe..



so to all readers yang bace entry aku kali ni hopefully wish me all the best for final exam next two weeks and to all UiTM'ans or UiTM student diploma only.good luck for your final exam and have fun with your holiday.for those yang join intersesi good luck.challo bettey!!

salam ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

Study La Woi!!

10.1.12

Salam Tahun Baru 2012

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Selamat Tahun Baru Bloggie..rasanya aku masih belum terlambat kan sebab baru 10 hari je kita sambut tahun baru 2012 ni.kan?baru 10 hari je dalam 2012 ni so, aku masih boleh dikategorikan sebagai yang awal.haha.bole?kalo x bole gi tukar web page lain.haha.actually for new entry in new year ni aku x nak update sgt lagi sebab apa?sebab aku memang la teramat la terlalu la sebok la..haha.so nak update evryday mcm sebelum ni sorry k?pada yang rindu aku tu.sorry ye..<--ignoreIt.haha.

Pas habis cuti mid sem ni hidup aku dipenuhi dgn assignment, test, quiz, project dll..huihhh..mmg letih sgt mikir nak buat semua tu.tp akan aku lalui juge sbb aku nak habiskan sem 4 ni dgn kejayaan dekan..insyaAllah.hehe..so tu je la..see u soon..challo!!sekian.










salam ikhlas :
fotofadh darul insan