Assalammualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.
Pohon jejawi menjulur ke bumi,
Redup di bawah sunyi dan sepi,
Fotofadh menyepi BLOGGIE menyepi,
Kini kembali menceria kembali.
Fuhh~ Sekian lama aku tak menulis di BLOGGIE. since semester 5 bermula, aku dah tinggalkan BLOGGIE hampir 5 bulan. Al-maklum lah. semester akhir. sudah pastinya nak fokus pada study kan. tambahan pula semester yang lepas adalah semester terakhir aku. oleh itu penumpuan yang lebih harus diberikan.
Alhamdulillah. Kini sedang menanti result exam yang kata nya akan keluar pada 9 November 2012. OMAIGAD~ cuak jugo den raso nie ehh~ Hahaha. Bukannya apa. Kalau ada paper yang kantoi, tak pasal-pasal kena extend sampai sem 7. Fuh letih lah kan. Guwa dah happy-happy cuti ni nak kena mula balik kan? hopefully not la. inshaAllah. Harapnya semua akan selamat dan result pon terbaik. Mudah-mudahan.
Eh, lupa pulak. Hari ni kan 10 Zulhijjah 1433H. Maknanya hari ni Hari Raya Eiduladha la kan. So, kesempatan pada post terbaru ni, aku nak ucapkan lah Selamat Hari Raya Eiduladha kepada semua umat Islam di serata dunia. Semoga ibadah korban yang dibuat itu diterima Allah SWT dan kita sama-sama memperoleh rahmat dan redha dariNya. InshaAllah.
Sebut mengenai korban. Apa itu korban? Adakah korban itu hanya menyembelih daging dan memberinya kepada semua fakir miskin di kawasan setempat? Korban di dalam definisi kita menyambutnya adalah mengorbankan diri kita kepada Allah SWT. Seperti kisah Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Nabi Ibrahim as diperintahkan oleh Allah SWT supaya menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail as. Namun, Nabi Ibrahim as tidak sampai hati untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Lalu, dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT, Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk menggantikan anaknya itu dengan mengorbankan sejumlah daging binatang ternakan dan daging itu perlu diagihkan kepada fakir miskin. Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran ini menceritakan kita sebagai hamba harus mengorbankan hidup kita sepenuhnya kepada Yang Maha Besar. Tanpa Allah SWT yang memberi segala-galanya kepada kita, kita tidak akan wujud di dunia ini. SubhanaAllah, Alhamdulillah.
Baiklah, itu sahaja perkongsian sedikit cerita dari abam untuk semua readers. semoga amalan yang kita lakukan pada hari ini dan hari-hari seterusnya (11, 12 dan 13 Zulhijjah) akan diterima dan INGAT! jangan sekadar melakukan ibadat yang mulia tetapi masih melakukan dosa dan kesilapan. Lakukan perubahan hari demi hari. InshaAllah.
Sekian.
Wassalam.
secebis nukilan :
Fotofadh
No comments:
Post a Comment