Muhammad Fadhil bin Roslizan.
Seorang insan biasa yang dilahirkan dari rahim ibu yang bernama
Roziah binti Mohd Said
pada tanggal
29 Ramadhan 1412H
bersamaan dgn 1 April 1992M.
Dibesarkan bersama-sama
ENAM BERADIK
yang lain dengan pengorbanan seorang bapa bernama
Roslizan bin Ahmad Mahidin.
Minat pada bidang seni fotografi membuatkan dirinya suka berfikir secara kreatif. Menjadikan fotografi sebagai hobi di dalam kehidupan sehariannya dan menjadikan alam semula jadi sebagai tema fotografinya.


"Cukup bagiku Guru, Ayah dan Emak. Lengkap bagiku Agama, Rasul dan Allah."

24.7.13

CINTA


Jika kita sebut pasal CINTA,
Sudah pasti tergambar dua insan berlainan jantina sedang bermain rasa,
Tetapi apakah rasa yang dinamakan CINTA ini?
Adakah hanya bersama sepanjang masa dipanggil CINTA?
Adakah dengan mengambil berat diantara satu sama lain dinamakan CINTA?
Adakah dengan timbul rasa kasih sayang di antara dua hati dinamakan CINTA?
Apa itu CINTA?
CINTA bagaimanakah yang diimpikan oleh setiap yang bergelar insan di dunia ini?
Adakah CINTA uda kepada daranya?
Adakah CINTA arjuna pada juwitanya?
Adakah CINTA putera kepada puterinya?
Adakah CINTA ibu kepada anaknya?
Adakah CINTA ayah kepada keluarganya?
Adakah CINTA suami kepada isterinya?
Adakah CINTA umat kepada rasulnya?
Adakah CINTA hamba kepada Tuhannya?
Tidak kira apa jua rupa bentuk CINTA yang kita impikan,
Tetapi tetapkanlah di dalam hati kita bahawasanya CINTAI lah YANG MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG kerana dengan menimbulkan CINTA kepada-NYA maka DIA akan terbitkan CINTA yang sempurna di dalam hidup kita. AllahuRabbi


ikhlas,
fotofadh