Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum BLOGGIE.
November sudah.
Dan bulan November ini dimulakan dengan isu Pilihanraya Amerika Syarikat dan semua sudah sedia maklum bahawa jawatan Presiden Amerika Syarikat kembali ke tangan Barack Obama. Barack Obama yang sebelum ini telah mengambil alih jawatan tersebut daripada Geourge W. Bush telah berjaya melaksanakan tugasannya selama 4 tahun dan kini tugasnya bersambung untuk 4 tahun lagi dengan menewaskan lawannya dari parti pembangkang, Romney.
Dah kenapa tetiba aku nak cerita pasal Amerika Syarikat? HAHAHA. Bukan sebab aku nak bangga sangat dengan Amerika Syarikat ni tetapi saja nak share pendapat aku tentang perbezaan pilihanraya di sana dan pilihanraya di Malaysia ni. Pemikiran dan jati diri pemimpin di sana amat berbeza dengan pemimpin kita ni. Apa bezanya? Ayuh, kita bincangkan. (ini hanya pendapat aku)
Di Amerika Syarikat, sebelum pilihanraya ketua bagi setiap parti politik akan berani tampil ke hadapan dan membentangkan hujah dan fakta mereka dengan berani. Setiap kata-kata mereka jelas dan vision setiap parti juga jelas. Bukan hanya kata-kata kosong tetapi detail dalam hujahnya dapat dibuktikan. Selain itu, kedua-dua belah parti tidak bergadoh sesama sendiri. Mereka berani berdepan dan berani berdebat untuk membenarkan fakta masing-masing. Ini lah ciri-ciri pemimpin yang berani. Bukan hanya berani bermegah di hadapan penyokong dan kroni-kroni tersendiri. Selain itu, apa yang aku lihat, setiap parti politik di AS hanya akur dengan ketua setiap parti. Tiada agenda tersembunyi. Setiap fakta yang dikeluarkan oleh ketua parti disokong oleh semua pihak. Parti yang berlawan juga takda kutuk dan maki sesama parti. Mereka boleh menjadi member dan kawan selepas salah satu parti memenangi pilihanraya.
Tetapi apa yang aku lihat sendiri di negara aku ini, setiap parti politik ada agenda tersendiri. Tak kisah lah baik dari segi parti bebas ke, parti berhaluan kiri ke, pembangkang mahupun kerajaan. Semua ada agenda tersendiri dan tersembunyi. Selain itu, pemimpin di negara aku yang tercinta ini jelas ketakutannya. Takut untuk berdepan dengan parti pembangkang. Yang di pihak pembangkang memang tugas mereka membangkang untuk mendapat perhatian dan jika kerajaan yakin akan kebenaran dan kekuatan yang dimiliki di negara ini yang kononnya telah bertapak selam 50 tahun tanpa bertukar kerajaan, apa yang mahu ditakutkan. Selain iu, fitnah, rasuah dan segala kegiatan negatif berleluasa di dalam politik negara yang dinamakan Malaysia ini. Secara peribadi, sebagai rakyat Malaysia yang baru bercambah idea dan terbuka minda melihat dunia politik berasa amat sedih dan amanah rakyat yang diberikan kepada pucuk pimpinan tidak dipegang teguh. Di mana rakyat harus meletakkan harapan dan bantuan jika pemimpin negara pon tidak melambangkan sifat keberanian. Pemimpin negara yang paling dikutuk dan dihina bagai binatang. Dicaci maki sesuka hati. Adakah ini yang kita inginkan? Jangan salahkan rakyat. Pemimpin harus membetulkan keadaan dan mengambil hati rakyat. Penuhi janji yang ditepati dan jangan dipengaruhi dengan agenda tersendiri.
Aku tidak berat ke mana-mana parti sebab pada aku jika dilihat bebetul baik semua parti-parti di Malaysia tiada satu pun yang telus dan jujur dalam memimpin negara. Benarlah kata tok guru jika diri sudah dikuasai oleh Harta dan Pangkat, Amanah, Janji dan Percakapan menjadi bercanggah dengan hati lalu syaitan mudah menguasai diri maka terjadilah perkara-perkara yang tidak elok dan merosakkan negara sendiri.
Tanpa sedar kesan besar kepada negara kita ini adalah kehancuran kepada bangsa dan agama asal iaitu bangsa Melayu dan agama Islam. Memang kini nampak seperti Islam itu gah dan Melayu itu ramai. Tetapi Melayu dan Islam itu sendiri sudah hancur sebab itu Melayu kini pengecut dan hanya berani jika ramai. Aku pun bangsa Melayu dan beragama Islam. Bukan untuk menghina kaum sendiri tetapi hanya ingin membuka minda kita semua. Sama-sama perbaiki diri dan sama-sama memperbetulkan.
Janganlah dibiarkan negara ini yang asalnya nama Tanah Melayu dibiar dirakus oleh bangsa lain. Pertahankan ia. Jika tanah ini diambil orang maka hancurlah Melayu. Hancurlah Islam. Nauzubillahminzallim. Sekian.
Luahan hati dan rasa :
fotofadh
fuhhyo0o0o0 *Clap Clap Clap president fadhil
ReplyDeletehaha. tengkiyu tengkiyu. gedik ouhh~
ReplyDelete