SEDETIK LEBIH - Anuar Zain
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
*
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
*
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Oke.dah habis nyanyi?hehe.lain sikit entry kali ni.starting with song "Sedetik Lebih" by Anuar Zain.eh-eh aku bukan tengah dalam mood jiwang but aku just nak share yang lagu ciptaan Edry Abdul Halim ni bukan sekadar lagu buat kekasih and ber-temakan cinta kepada manusia malah lagu ni ter-sirat maksud untuk kita mengenang Sang Maha Pencipta iaitu Allah SWT.erk?korang masih x faham ye?oke-oke.meh aku terangkan.scroll down!!
Rangkap pertama memberitahu kita tentang kehidupan kita 24jam melalui ayat "setiap nafas yang dihembus..setiap degupan jantung" <-- dua perkara ini menunjukkan perkara yang dilakukan oleh kita seharian-harian begitu juga dgn ayat "dalam sedar dibuai angan..dalam tidur dan khayalan".betul tak?selepas kedua-dua ayat ini komposer menyambungkan ia dgn ayat "aku selalu memikirkanmu"..aha!!this is the POINT..kita sebagai hamba yang dicipta oleh Allah SWT mmg WAJIB memikirkan, mengingati-Nya 24 jam di dalam kehidupan kita seharian.oke.enough.hehe.so come on..next lyrics =)
Next, rangkap kedua "ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang..barulah terasa ku bernyawa"..oke ayat mcm ni mmg jiwang habis lah kan.haha.tapi cuba kite translate ia kepada ayat mengingatkanNya..kita hidup kat dunia ni mmg nyata perlukan cinta dari Allah SWT..kita perlukan kasih dan sayang dari Allah SWT barulah diri kita ni akan ber-nyawa..akan hidup..tanpa sifat kasih dan sayang dari Allah SWT, mustahil kita boleh melakukan aktiviti seharian.setuju?oke.next lyrics!!dah nak habis nie.hehe.
Rangkap ketiga(korus).."Kasihku…ku amat mencintai kamu..kerana kau beri erti hidup..ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya"..wah..jiwang habis ayat ni kan JIKA dibaca tanpa terselit unsur keTuhanan di dalamnya.."Kasihku" kat sini kite tujukan pada Allah SWT..kita sbg hamba perlu mengaku yang kita betul-betul mecintaiNya atas sebab segala kurnia dan pertolongan yang Dia berikan pada kita membuatkan kita memahami apakah erti keHIDUPan yang sebenar baik dari segi rezeki, ilmu, kehidupan dan segala-galanya semua Dia telah kurniakan pada kita.kan?so kita seharusnya mencintaiNya lebih dari segala-galanya.
oke..last lyrics.hehe.."di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan..ku bersyukur adanya kamu"..di sini kita tak boleh nafikan la sebab di dalam kehidupan kita nie penuh dgn cabaran dan dugaan dan adakalanya kita merasa takut utk menempuh semua itu.tetapi kita sebagai manusia yang sering lupa, jarang utk mengucapkan syukur apabila Allah SWT memberi pertolongan.oleh itu, kita harus selalu bersyukur atas pertolongan yang diberikan Allah SWT kepada kita baik ketika susah mahupun senang.then, "biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia..asal masih adanya kamu"..di sini lah pegangan hati atau iktiqad kita iaitu biarlah kita kehilangan semua perkara di dunia asalkan kita masih ada Kamu yakni Allah SWT..seorang hamba Allah pernah berkata-kata "biarlah seluruh alam menghinaku, asal Allah ngaku hamba, Muhammad ngaku umat"..inilah yang maksud yang ter-sirat di dalam bait-bait lagu "Sedetik Lebih"..
oke.panjang lebar aku explain tentang lagu nie kan.lagu ni mmg jadi peberet aku sejak akhir-akhir ni.tetapi harus di-ingat dendangkan lagu ini sambil senantiasa mengingatkanNya.wallahualamm.
![]() |
Bermohon kepadaNya jalan terbaik =) |
salam ikhlas :
fotofadh darul insan
p/s : aku bercerita dan menulis berdasarkan apa yang aku faham dan apa yang aku kaji dengan beberapa panduan yang telah aku ada =)
No comments:
Post a Comment