Muhammad Fadhil bin Roslizan.
Seorang insan biasa yang dilahirkan dari rahim ibu yang bernama
Roziah binti Mohd Said
pada tanggal
29 Ramadhan 1412H
bersamaan dgn 1 April 1992M.
Dibesarkan bersama-sama
ENAM BERADIK
yang lain dengan pengorbanan seorang bapa bernama
Roslizan bin Ahmad Mahidin.
Minat pada bidang seni fotografi membuatkan dirinya suka berfikir secara kreatif. Menjadikan fotografi sebagai hobi di dalam kehidupan sehariannya dan menjadikan alam semula jadi sebagai tema fotografinya.


"Cukup bagiku Guru, Ayah dan Emak. Lengkap bagiku Agama, Rasul dan Allah."

15.12.11

DiriMu DiriKu

Jiwaku kosong..
Jiwaku sepi..
MengenangkanMu..
Diriku tersentuh..

Diriku yang sering alpa akan diriMu..
Diriku yang sering mudah melupakan Mu.
Sedangkau Engkau sentiasa ada bersamaku..
Memerhatikanku.
Membantuku.
Membimbingku.

Aku hanya seorang insan hina..
Yang sering mudah melupakan jasa..
Yang sering lupa mengucap syukur..
Itu lah aku.
Insan yang bodoh lagi keji di sisiMu..

Namun..
Engkau begitu Maha Pemurah dan Maha Pengasih..
Sering memberi peluang kepadaku..
Memperbetulkan kesilapanku..
Ku bersyukur kepadaMu..
Oh Tuhanku..

Oleh itu..
Diri ini terasa begitu rindu..
Diri ini terasa begitu sepi..
Diri ini terasa begitu mahu..
Bertemu denganMu..

Tetapi apakan daya..
DiriMu tidak hidup dengan jasad..
DiriMu hidup dengan zatMu..

20 sifatMu ku mencari..
99 namaMu ku mengerti..
Berkaitan pula nama dan sifatMu..
Maka tersedarlah akan kehadiranMu..
Yang sering ada di dalamku..

KebesaranMu..
Kasih dan sayangMu..
Ada di dalam dunia ini..
Yang telah kau kurniakan sejak azalli..

Salam Ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

No comments:

Post a Comment