Muhammad Fadhil bin Roslizan.
Seorang insan biasa yang dilahirkan dari rahim ibu yang bernama
Roziah binti Mohd Said
pada tanggal
29 Ramadhan 1412H
bersamaan dgn 1 April 1992M.
Dibesarkan bersama-sama
ENAM BERADIK
yang lain dengan pengorbanan seorang bapa bernama
Roslizan bin Ahmad Mahidin.
Minat pada bidang seni fotografi membuatkan dirinya suka berfikir secara kreatif. Menjadikan fotografi sebagai hobi di dalam kehidupan sehariannya dan menjadikan alam semula jadi sebagai tema fotografinya.


"Cukup bagiku Guru, Ayah dan Emak. Lengkap bagiku Agama, Rasul dan Allah."

24.12.11

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2011/2012

Assalammualaikum..

banner lama :(
wah!!!dah cuti der!cepatnye masa berlalu sekarang ni.rasa mcm baru je masuk sem baru bulan lepas..huihhh..dah 5 minggu berlalu..now dah cuti mid sem.tapi cuti mid sem tak la lama mane pon..cuti ni rangkum sekali dgn cuti tahun baru and cuti krismas =) pandai betul UiTM ni..bagi cuti mid sem rangkum sekali dgn cuti umum..kenapa tak asingkan?lagi banyak cuti.hahaha..kalo lagi banyak cuti lagi banyak kelas kene ganti lagi penat aku.x mau la!hahaha.

so bile cuti ni, aku boleh la relax sikit.tapi relax tak relax la..banyak aktiviti.mcm hari ni kat tapak ada orang nak masuk.ada program.kene tolong-tolong la kan.tapi tak pe la.tolong pon family sendiri jugak.aku tak kesah tolong buat kerja mcm ni sebab kepala tak runsing,yang jadi runsing bile tgh belajar tu.banyak benda nak pikir.hahaha..



so lepas habis cuti ni, memang akan berlambak la quiz,assignment,project,test yang akan menanti kan.kene lalu jugak la sebab perkara tu boleh dikatakan wajib.kalo tak amik takde la carry mark then time final maksimum aku boleh dapat just 50%..tak nak aku.heheh.lagipon sem ni aku belajar agak tenang la.takde mcm sem-sem lepas.asyik tension je.kenapa?korang tak yah tahu la k?itu rahsia aku..wah misterinye budak nie.hehehe.btw, aku ada pantun untuk korang :


update blog di pagi,
mata kuyu idea lari,
badan berbau "harum" sekali,
sebab aku belum MANDI.

hahaha.amacam korang bace pantun aku?mesti korang nyesal bace entry kali ni kan?nah amik sikit bau aku yang "harum" gile nie.kah3.k la.gtg, nak mandi and nak gi tapak.chow!!challlo!

salam ikhlas dari :
FotoFadh Darul Insan
rehat la bro~
p/s : actually tetibe bersemangat nak update blog.sebab tu belum mandi terus bukak BLOGGIE aku nie.tata!

22.12.11

Ohh Sejuk!!

Hujan.
brrrrrrrrrrrrr...sejuk doe!!hahaha..
Assalammualaikum..dua tiga empat hari dalam minggu ni boleh dikatakan hari-hari hujan.sejuk sangat-sangat-sangat.suasana kat Bandar Jengka ni muram je sebab cuaca pon hari-hari muram.tetapi aku bukan lah nak complain kerja Allah SWT.nauzubillahminzalim la kan?cuma aku nak share dgn korang keadaan dan suasana di Jengka ni mcm nak turun salji dah..**agak je.tak pernah tengok salji turun pon. 
Salji??OH Tidak!
btw, badan aku dah mulai rasa tak berapa nak sedap.pening kepala.sejuk-sejuk dah suhu badan aku ni.hahaha.apakah itu???YA!!ANDA PANDAI..itulah tanda-tanda aku bakal DEMAM..hahaha.. bestnyeeeeeee..nak dekat cuti mid sem then demam..awesome!!haha..**dalam hati geramnyaa!!..
sejak dok lua ni kalau hujan memang agak sukar la nak gerak pergi ke kelas.aku pulak kelas dah la tak sama dengan bebudak kelas aku yang lain.haisshhh..so nak tak nak terpaksa la redah jugak hujan dengan menaiki motor FZ kepunyaan Azrul Mustafa..phewww~sejuk bhai!
disebabkan redah hujan punya pasal tu yang aku punya badan dah ada tanda-tanda dijangkiti virus ni.dah la weekend ni kat tapak PPMI ada event.huishhh..hopefully sihat.

Ye Dik? Nak Ape?
lagi satu aku ni punya la malas nak jumpe doktor sebab pada aku doktor bukan buat apa pon.setakat bagi ubat demam, batok, selesema antibiotik, antiaquatik <---adeke? huh..tu yang kadang-kadang malas tu.senang cerita beli panadol telan.esok pagi lega..OMG!aku dah telan dadah.tak pe.utk faktor kesihatan.choiiii!haha..

Noob! Menggigil!
so korang yang melawat blog aku ni harap-harapnya doakan lah aku semoga cepat sembuh ye.korang pon kalau rasa nak demam tu cepat-cepat la bertaubat <---ignoreIT..bawak-bawaklah makan ubat kalo perlu jumpa doktor..pergi jumpa.jangan jadi mcm aku ni..PEMALAS sgt..haha..oke.nak rehat.nanti ada kelas lagi.choww!!

salam ikhlas dari :
FotoFadh Darul Insan

p/s : time kecik-kecik suka mandi hujan..bila dah besar suke TIDUR time hujan :P

20.12.11

6 Persoalan Remaja Tentang Kahwin Awal

Assalammualaikum..
aku ade jumpe satu entry yang menarik kat FB..so aku post la kat BLOGGIE aku nie.entry ni aku dapat dari fb Ainol Syazwan ..hope korang faham dan fikir-fikirkan.jom baca :)
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. 
(H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: 
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: 
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. 
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

p/s: by Mohd Fadhil El-Jeramy on Monday, December 12, 2011 at 3:19am

copy & paste by :
FotoFadh Darul Insan

Kartun Kegemaranku Suatu Ketika Dahulu

Assalammualaikum..
oke.pe kabar semua rini?hopefully sihat dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kurnia daripaNya.for entry kali ni aku nak bawak korang mengimbau kenangan hidup bebudak aku sekitar tahun 1996 - 2004..oke?hehe.lebih kurang 8 tahun la..
Kartun.mesti korang pon layan kartun kan even dah besar & study kat IPTA pon ade beberapa budak TUA yang masih layan kartun sebab kartun ni perkara yang maengasyikkan kita.betul tak?erm..kartun apa yang korang minat?kalo zaman aku dulu kartun tak de la banyak sgt cuma yang popular time tu kartun mcm Dragon Ball, Sailormoon, Doraemon, Power Rangers, Ultraman dll..haa..ni la antara kartun yang aku layan.nak tau sebab apa?jom..aku cerita kan =)

POWER RANGERS

Power Ranger Mighty Morphin - Season 1
kartun ni boleh dikirakan sebagai kartun yang memang favourite aku la time zaman bebudak aku ni.sebab kartun ni smart dari segi lawan & gaya penceritaan nye.even dalam bahasa inggeris, aku boleh paham jalan cerita nya (substiltle bahasa melayu..haha).cerita dia amat sesuai la dgn kanak-kanak.jalan cerita tak complicated and sesuai dgn jiwa bebudak.lagi satu yang aku suka dalam cerita Power Rangers ni warna merah mesti jadi ketua.haha..aku memang the Red Lover..so menaikkan semangat aku nak tgk cerita nie.hehe.tapi aku x layan sampai sekarang.aku cume layan dari season satu sampai season 8.haha..banyak jugakkan kan..ni ha..aku list kat korang :
  • Power Rangers Mighty Morphin
  • Power Rangers Zeo
  • Power Rangers Turbo
  • Power Rangers In Spaces
  • Power Rangers Lost Galaxy
  • Power Rangers Lightspeed rescue
  • Power Rangers Time Force
  • Power Rangers Wild Force
hahah..time Power Rangers Wild Force tu aku dah kurang layan sebab dah mula boring.hehe.lagipon kat Malaysia ni temph dari season 8 nak ke season 9 tu lambat.so bile dah lama tak de.aku pon boring.and bile tetibe wujud semula power rangers dah tak de minat nak layan.haha.tapi bile terkenang semula nak balik tgk power rangers yang season 8 yang awal..best kot.aku membesar dgn kartun mcm tu.haha.pernah dulu time kecik pasang cita-cita nak jadi power rangers..aiyoo..ape ke bangang aku rasa.haha.nice.end.

SAILORMOON
SailorMoon
Haha..mesti korang pelik kenapa aku layan kartun ni kan?haha..aku layan cite ni sebab dulu cite ni disiarkan sebelum cerita Dragon Ball...Dragon Ball memang fav aku even sampai sekarang pon..so alang-alang nak tunggu Dragon Ball aku pon layan la Sailormoon nie.hehe..but not so interesting la kartun ni sebab aku x faham sgt.haha..layan pon just for fun.haha.enjoy.end.

DRAGON BALL

Dragon Ball - Son Goku
Aha..fav kartun aku sampai sekarang. Dragon Ball..haha..cerita ni memang best..pengembaraan seorang budak pelik demi mencari Mutiara Naga utk menghidupkan kembali atuknya yang telah mati.haha..itu mission awal beliau..but dah lama-lama merepek-merepek sudah but still enjoy utk layan kartun nie.hehe.fav karakter sah-sah la hero kartun ni Son Goku.kan?haha.abg aku ade simpan koleksi komik Dragon Ball ni dulu..dari no 1 sampai la 40++.but akhir sekali ayah suruh buang sebab abg aku nak UPSR..so tergantung la pembacaan ku..sebab tu sambung tgk kartun kat tv..aku ingat lagi..dulu kartun ni akan disiarkan kat TV2 and NTV7 pada hari ahad pukul 9.30am..haha..memang pas breakfast terpacak la depan tv..wah indahnya saat tue.heheh..yang tambah menarik bukan aku sorang je layan semua adik-beradik aku layan gak..haha..memang seronok la berkumpul bersama di pagi minggu.haha..nice memory.end.


ULTRAMAN

Ultraman Tiga
ultraman pulak.haha..ultaman ni yang aku sempat layan ultraman taro, ultraman tiga..dua ultraman ni je yang aku ingat.haha.ultraman ni selalu membuatkan aku membayangkan gergasi besar.padahal dalam tv tu bohong je.haha.rumah tu semua rumah mainan.yang jadi ultraman tu pon org saiz yang biasa je.haha.tertipu aku.tapi enjoy bile raksasa tetibe muncul aari gua,,dari laut..then ultraman datang dari udara.yang mengkonpiuskan aku mcm mane dari orang yan kecik boleh jadi ultraman saiz gergasi tue.haha..then bile ade je ultraman dandan tu la raksasa keluar.haha.lawak kan?but itulah hiburanku di kala bebudakan..end.


DORAEMON

Doraemon
Doraemon.yeayy!!kartun ni masih popular sampai sekarang and siaran ni masih kekal di NTV7 jam 7.30pm hari Sabtu.x pernah berubah sejak 5 tahun lepas.haha..tapi sekarang aku dah kurang layan sebab dah besor kan.tapi kalo ter-tengok time tu mmg susah la nak ntukar.hahah..sebab kartun die seronok dgn gadget yang pelik-pelik.haha..time kecik dulu aku selalu impikan alat mcm tue and aku ingat lagi yang aku pernah tanya ayah aku sama ada barang-barang dalam kartun doraemon ade jual di kedai or tak.haha..sound funny rite.hehe..kikiki..memang kartun ni wat aku tersenyum banyak la..dgn kebodohan si Nobita tu yang tak reti langsung nak buat apa & kebelagakakan si Giant dgn syik membuli kawan-kawan dgn suara sumbang dia tu.haha..memang suasana yang indah.D.O.R.A.E.M.O.N.....

oke.cukuplah top 5 kartunyang pernah aku layan time aku kecik-kecik dulu and kartun yang masih aku layan sekarang adalah Doraemon & Dragon Ball sebab dua katun ni masih disiarkan di Astro Ceria.haha.seronok gak tgk & layan adik-adik aku tgk cerita nie.even episod tu dah ade sebelum ni..x boring maa..k la..enough for today.nak study sikit.khamis ni ade quiz.take care.

salam ikhlas :
fotofadh darul insan

 

p/s : kalo korang ada kartun yang korang minat..share with me ya.hehe..nice :)

19.12.11

Berhemahlah Di Jalan Raya

Woopss..Assalammualaikum.baru sampai Jengka nie.letih memandu kereta selam 90min dari Benta ke Jengka.bile memandu ni macam-macam adegan kita boleh nampak.macam-macam ragam pemandu di Malaysia ni.ada yang baik ada yang buruk.ada yang berhemah.ada yang berhemot.hahahaha.
So dalam perjalanan tadi, aku rasa geram jugak dgn beberapa pemandu yang memandu tak ikot peraturan.aku pon bukan lah ikot sangat peraturan jalan raya ni tetapi di saat jalan sedang sibuk, sifat berhati-hati amat lah dititik beratkan.**mcm driving school's teacher dah aku nie.haha.
Jadi, kat sini & utk entry kali ni sama-sama lah kita beringat dan mengamalkan beberapa peraturan penting ketika sedang memandu di jalan raya.tak kisah la korang bawak motor ke keta ke lori 16 tayar ke, yang penting FOLLOW THE RULES.oke?

PATUHI HAD LAJU
oke.ni yang pertama.patuhi la had laju.kalo kat kawasan tu had laju nye 90km/j, bawak la maksimum 85km/j melainkan kalau ada urusan yang mustahak kau pandu la laju mane kau nak.haha.dalam kes aku ni, perjalanan aku melalui jalan yang sempit dan jalan kampung.paham-pahamlah di kampung-kampung, jalan nya bukan la elok sgt.so kalo nak memandu tu ikot la had laju kalo boleh berhati-hati sebab kadang kala bebudak main ikot suke je lintas jalan tanpa melihat ada kenderaan ke tak.mmg la jika kita terlanggar budak tu, kita tak salah sebab budah tu yang melintas sesuka hati mcm jalan tu bapak dia yang punya TAPI kita harus ingat, kita perlu bertanggungjawab.jadi, utk mengelak perkara tu dari terjadi lebih baik kita bawak kereta tu ikot laju yang sesuai.supaya kita selamat, orang lain pon selamat.okes ^^. 

LAMPU "SIGNAL"
kenderaan berat ikot kiri ya.
Aku tak reti nak sebut "signal" dalam bahasa melayu.haha.sebab dah biasa sebut lampu "signal" kan?hehe.hope korang semua paham la k?lampu "signal" ni pon kadang kala menjadi punca berlaku nya kemalangan.sebab malas nak bagi "signal" masuk ke kiri or kanan, kemalangan berlaku.cik abg, cik kak, cik adik, pak cik, mak cik guna kan la lampu "signal" tu.kalo x guna rugi je beli kenderaan yang dilengkapi dgn lampu tu.oke?maybe  cik abg, cik kak, cik adik, pak cik, mak cik semua lupa ape fungsi lampu tu ye.mari abg fadhil bagitau.fungsi lampu "signal" tu utk memberitahu kenderaan yakni pemandu di belakang dan di hadapan kita yang kita nak masuk ke kiri or ke kanan.jadi, bile pemandu di belakang dan di hadapan tahu, mereka akan memperlahankan kenderaan mereka.bayangkan tetibe je kita masuk ke kanan dan pada masa yang sama kereta belakang nak memotong.tak ke jadi kemalangan maut tue.aishhh.nauzubillah..so dapat rase sekarang yang fungsi lampu "signal" tu amat penting kan?gunakan lah ia sebaiknya :) dan pastikan lampu "signal" anda tidak terbakar :D

LAMPU BREK
Ini pon satu hal.same kes dgn lampu "signal" tadi.di buat atas fungsi berkomunikasi dgn pemandu lain.pastikan lampu brek anda hidup dan tidak terbakar.hal ini kerana, jika lampu brek anda terbakar, ia akan menyusahkan pemandu lain utk mengetahui bahawa anda sudah memperlahankan kenderaan.buatnya kereta tu tgh memecut, anda brek tapi lampu brek tak de.bayangkan...................huii..jaga keselamatan anda.anda mampu mengubahnya.

TELEFON
kenapa bro?ajal sampai ka?
Ini pon kadang-kadang aku buat.haha.bercakap telefon sambil memandu.huishhh.mak aku cukup marah kalo aku buat perkara ni..so, korang semua mesti tahukan apa bahayanya.bile kita memegang telefon, konfem la yang pegang stering hanya sebelah tgn kan?jadi, itu telah menghampiri bahaya.hahahaha..apa nak buat ek?ada beberapa cara.first, korang kene la berhenti di tepi dan habiskan perbualan telefon korang tu.then, baru sambung perjalanan.kalo korang malas sgt nak berhenti, bawak kereta korang ke tepi bahu jalan dan memandu dalam kelajuan yang minima.(ini aku buat).tapi pada aku choices ke dua tu mcm bahaya jugak..jadi korang pakai la "handsfree"..cucuk la "earphone" ke ape ke..so korang sembang la takat mana korang nak sembang yang penting kedua-dua belah tgn kau boleh control stereng kereta.insyaAllah selamat.amin.

HORMAT-MENGHORMATI
melampau angkat tangan mcm nie.
Yang ni dah masuk dalam point adab di jalan raya nie.biasa nya bile kite follow kenderaan mcm lori kayu balak, lori angkat minyak or lori bawak bata kan kita akan menjadi slow kan?so, bawak la bersabar..kenderaan berat bro.mane boleh laju.but bile dia dah bagi korang potong tu jgn lupa angkat tgn sbg tanda terima kasih org bunyi kan hon sekali.itu baru lah hormat menghormati namanye.kan itu amalan mulia.ni x..dah lah pemandu lori tu bg potong, korang pulak buat muka berlagak tanpa angkat tgn.pemandu lori tu nampak la korang angkat kat dia even korang dalam kereta sebab benda ni aku selalu buat.haha.so try it yourself.then, bile korang pulak bawak keta slow janganlah korang memandu kat tgh2 jalan.bagi la ruang supaya orang boleh potong korang.haaaa..oke?kalo korang bawak slow, then bile orang belakang hon, kau tau plak mara.haiyooo!!!bertimbang rasa la sikit.oke?
Aku rasa cukup lah kot 4 perkara yang korang kena jaga time memandu ni.actually banyak lagi tapi rasa letih pulak nak taip.plus, aku nak siapkan kerja aku yang belum siap ni.ada dua assignment yang pending.dua-dua nak kene hantar minggu nie.so, take care.hati-hati di jalan raya.

salam ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

p/s : pehal entry aku kali ni mcm skema sgt ha?haha.lawak pulak bile aku bace sendirian diriku.hahaha.chow!!

Contoh Hasil Pilihan Parents =)



 

Assalammualaikum,

just share with missDena's romantic video on youtube about her experience =)
as i told you..its MUCH MUCH MUCH BETTER!!

salam ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

p/s : actually my mom had choose someone special for me too but in same case NEVER meet yet.ouh!!

18.12.11

Kenapa Buat Mak Macam Tu?

Hello Readers of My BLOGGIE.pa habaq?hangpa semua sihat noo?harap-harap begitu la.mudah-mudahan hangpa semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT..alhamdulillah..*pehal utagha pulak aku nie?hahah.oke.sudah.
look at my title.agak-agak korang post kali ni nak sembang tentang apa?yess!!you are right.mesti lah tentang Emak/Ibu/Mama/Amma/Umi dll.tadi aku baru lepas habis tgk cerita kat Astro Prima tajuk nye "Bahang Ravina" lakonan Nabila, Fauzi Nawawi, Ery Putra & Jasmin Ahmad.
Bahang Ravina di Astro Prima
tapi bukanlah cerita ini yang aku nak sampaikan kat korang semua but mesej dari cerita nie.kebiasaannya lah kan, cerita-cerita kat tv ni dibuat berdasarkan kisah benar.kalo begitu, tergamak betul si anak melakukan perbuatan begitu kepada mak dan ayah nya.aku x faham mcm mana seorang anak yang duduk dengan emak sejak kecil tergamak buat mcm tu?antara korang yang bace benda ni ade tergolong dalam golongan tu ke?kalau ade cepat-cepatlah bertaubat sebelum mak korang tutup mata.

aku bukan lah nak bicara pandai dengan mengatakan aku ni anak yang TAK PERNAH derhaka kat mak aku tapi sekadar ingatan bersama aku post cerita nie.agak-agak korang apa point yang membuatkan seorang anak ni tergamak melakukan perbuatan mcm nie pada mak nye ye?mari kita bincang kan :

DEGIL
tu la.degil lagi :D
Ini point utama seorang anak itu tergamak melawan kata-kata emaknya.remaja biasanya mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia bak kata orang remaja ni manusia yang baru nak hidup sebab baru kenal dunia luar yang penuh dengan suka dan duka.oke, now kita try amik contoh motor.ini aku amik pengalaman aku sendiri ye.remaja yang baru kenal motor mesti mau cube bawak moto keliling bandar TANPA lesen kan?mcm aku.haha.one day, aku nak bawak motor time tu aku baru form 1 or 2 gitu.lupe dah aku.mak aku ckp "tak yah lah bawak fadhil, jatuh nanti"..aku berdegil..ceh berlagak la konon dah 10 tahun pandai bawk moto.aku pergi jugak..time nak keluar pagar tu aku ter-over press minyak..erm ke longkang aku pergi.haha..habis ramai jiran-jiran nampak.malu aku.haishhh..tu la pasal DEGIL, luka habis kaki & tangan aku.

TAK PUAS HATI
jangan sampai ibu kita lakukan ini :'(
Tak puas hati.remaja sebaya aku selalu inginkan lebih dari apa yang dia miliki.selagi tak cukup selagi itu kita nak.NAFSU kalau diikotkan memang tak kan habis.sebab tu kalau orang lama-lama cakap "Kalau Nak Kaya, Memang Tak Kan Cukup..Tetapi Kalau Nak Senang..InsyaAllah Cukup"..ade benar kata-kata nie.bile diberi motor nak kereta.bile diberi henfon nokia3310 nak blackberry.tak ikut trend kata nya.pada hal awal niat nak phone bile ditanya mak sebab nanti mudah nak call and mesej.bile dah dapat nak yang lebih pulak.kan tak puas hati mcm tu.ade yang tahan sabar maybe akur dgn pemberian mak tu.tapi bile yang x sabar..akibat nak puas kan hati sendiri..lupa yang di hadapan dia tu mak dia.so ditengking nya dimaki kononnya x faham hati anak.WTF! la pada orang yang mcm tu kan.kalo aku dgr mane bebudak cakap depan mak dia mcm tu mmg makan penampo jawabnya.hurmm..bawk-bawak la bersabar lagi dengan emak kita.

PELUPA
Haha..point ni bukan maksud aku korang dah nyanyuk ek.maksudnye remaja mcm kita mudah lupa akan jasa-jasa ibubapa kita.especially emak kita.kita mudah sgt lupe pengorbanannya pada kita.tak usah lah nak list kan pengorbanan dia bela kita dari kecik sampai besar..cukuplah kalau kita sedar dan kita hargai pengorbanan emak kita melahirkan kita.jika benar-benar kita merasai keperitan emak kita melahirkan kita memang kita tak akan menderhakainya.ini sebab kita lupa akan pengorbanan emak kita yang paling besar itu.melahirkan kita.mengandung kita 9 bulan 10 hari (kebiasaannya)..ya Allah.fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku :')

okelah.aku rase cukup la tiga points aku list-kan.nanti makin banyak makin ramai pulak yang terasa nanti.aku kalau sembang tentang ibubapa ni memang aku touching.memang aku terasa.and sekali lagi aku x dapat bayangkan mcm mane ada di kalangan kita yang sanggup menghina, mengeji, mencaci dan memarahi ibu kandung mereka sendiri..aku bermohon kepada Allah supaya jauhkan aku dari perbuatan-perbuatan keji tu.amin!
aku selalu dipesan oleh seseorang.di dunia ade tiga golongan manusia yang tidak aku mengkhianati kamu :
  1. Guru Yang Mursyid Lagi Siddiq
  2. Ibu Yang Melahirkan Kita
  3. Bapa Yang Menjaga Dan Membesarkan Kita
Please take note points number 2 & 3.dua golongan insyaAllah tidak akan mengkhianati kita walaupun mereka selalu marahkan kita, itu tandanya mereka sayang.please..sayangilah ibubapa anda.sayangilah mereka lebih dari nyawa anda sendiri.sekian.

Ya Allah Jauhkanlah Aku Dari Gelaran Ini :'(
Salam Ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

p/s : aku memang MARAH sangat kalau ada yang BERANI MELAWAN mak & ayah.

17.12.11

Sedetik Lebih =D

SEDETIK LEBIH - Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

*
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
 
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Oke.dah habis nyanyi?hehe.lain sikit entry kali ni.starting with song "Sedetik Lebih" by Anuar Zain.eh-eh aku bukan tengah dalam mood jiwang but aku just nak share yang lagu ciptaan Edry Abdul Halim ni bukan sekadar lagu buat kekasih and ber-temakan cinta kepada manusia malah lagu ni ter-sirat maksud  untuk kita mengenang Sang Maha Pencipta iaitu Allah SWT.erk?korang masih x faham ye?oke-oke.meh aku terangkan.scroll down!!

Rangkap pertama memberitahu kita tentang kehidupan kita 24jam melalui ayat "setiap nafas yang dihembus..setiap degupan jantung" <-- dua perkara ini menunjukkan perkara yang dilakukan oleh kita seharian-harian begitu juga dgn ayat "dalam sedar dibuai angan..dalam tidur dan khayalan".betul tak?selepas kedua-dua ayat ini komposer menyambungkan ia dgn ayat "aku selalu memikirkanmu"..aha!!this is the POINT..kita sebagai hamba yang dicipta oleh Allah SWT mmg WAJIB memikirkan, mengingati-Nya 24 jam di dalam kehidupan kita seharian.oke.enough.hehe.so come on..next lyrics =)

Next, rangkap kedua "ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang..barulah terasa ku bernyawa"..oke ayat mcm ni mmg jiwang habis lah kan.haha.tapi cuba kite translate ia kepada ayat mengingatkanNya..kita hidup kat dunia ni mmg nyata perlukan cinta dari Allah SWT..kita perlukan kasih dan sayang dari Allah SWT barulah diri kita ni akan ber-nyawa..akan hidup..tanpa sifat kasih dan sayang dari Allah SWT, mustahil kita boleh melakukan aktiviti seharian.setuju?oke.next lyrics!!dah nak habis nie.hehe.

Rangkap ketiga(korus).."Kasihku…ku amat mencintai kamu..kerana kau beri erti hidup..ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya"..wah..jiwang habis ayat ni kan JIKA dibaca tanpa terselit unsur keTuhanan di dalamnya.."Kasihku" kat sini kite tujukan pada Allah SWT..kita sbg hamba perlu mengaku yang kita betul-betul mecintaiNya atas sebab segala kurnia dan pertolongan yang Dia berikan pada kita membuatkan kita memahami apakah erti keHIDUPan yang sebenar baik dari segi rezeki, ilmu, kehidupan dan segala-galanya semua Dia telah kurniakan pada kita.kan?so kita seharusnya mencintaiNya lebih dari segala-galanya.

oke..last lyrics.hehe.."di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan..ku bersyukur adanya kamu"..di sini kita tak boleh nafikan la sebab di dalam kehidupan kita nie penuh dgn cabaran dan dugaan dan adakalanya kita merasa takut utk menempuh semua itu.tetapi kita sebagai manusia yang sering lupa, jarang utk mengucapkan syukur apabila Allah SWT memberi pertolongan.oleh itu, kita harus selalu bersyukur atas pertolongan yang diberikan Allah SWT kepada kita baik ketika susah mahupun senang.then, "biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia..asal masih adanya kamu"..di sini lah pegangan hati atau iktiqad kita iaitu biarlah kita kehilangan semua perkara di dunia asalkan kita masih ada Kamu yakni Allah SWT..seorang hamba Allah pernah berkata-kata "biarlah seluruh alam menghinaku, asal Allah ngaku hamba, Muhammad ngaku umat"..inilah yang maksud yang ter-sirat di dalam bait-bait lagu "Sedetik Lebih"..

oke.panjang lebar aku explain tentang lagu nie kan.lagu ni mmg jadi peberet aku sejak akhir-akhir ni.tetapi harus di-ingat dendangkan lagu ini sambil senantiasa mengingatkanNya.wallahualamm.

Bermohon kepadaNya jalan terbaik =)


salam ikhlas :
fotofadh darul insan

p/s : aku bercerita dan menulis berdasarkan apa yang aku faham dan apa yang aku kaji dengan beberapa panduan yang telah aku ada =)

16.12.11

Piihan Terbaek?

Assalammualaikum.wah..BLOGGIE aku dah makin canti siap ade kartun arabic kat tepi tu.cute kan..yelle fettey yeellle..haha..oke.dah..terpesona dgn BLOGGIE aku yang cun BUT simple.kan?hehehe..**banggaDiriKejap..
Hari ni hari Jumaat.so mcm biasa now aku dah berada di rumah.weekend mmg susah la nak jumpe muke aku kat Jengka tu.hehe.boring la lepak sana..xde life.baik balik rumah.mcm-mcm kerja aku boleh.what?ANAK MAK?so what?peduli ape aku org nak ckp ape pon.aku ade rumah.aku punye suke.korang x nak balik korang x suke rumah korang la kan.DUET?suke hati la..selagi Allah bagi rezeki kat aku cukup utk aku balik rumah.minyak kereta aku isi sendiri.tq sbb korang CARE utk aku.haha.**perasanGILER.
Opss over pulak meluah perasaan kat sini kan.hehe.tgk-tgk-tgk post entry aku rini.mcm ape je.jiwang karat la konon kan.haiyooo~actually bukan ape.kebelakangan ni kawan-kawan aku baik kat FB or dunia nyata banyak sembang tentang pasangan.kawan-kawan aku pon ramai yang dah putus cinta akhir-akhir ni.so di mana silapnye?pilihan siapa yang paling benar utk hati kita nie?ermmmm..

PILIHAN ORANG TUA
first, cube kite ingat balik zaman-zaman dulu kan.zaman tok nenek engkorang.haha.pilihan pasangannya dipilih oleh kedua orang tuanya.kenapa hal ini berlaku?hal ini jelas menunjukkan kedua ibubapa lebih prihatin akan hal pasangan hidup anaknya.sebenarnya perkara ini juga selari dgn ajaran Islam..orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa adalah manusia yang lebih arif utk menilai & mengenal pasti pasangan terbaik utk anaknye kerana mereka punya pengalaman yang lebih banyak berbanding anak-anak mereka.tetapi, kini budaya ini dianggap kolot dan ketinggalan zaman.remaja sekarang lebih gemar memilih mengikut kehendak sendiri tanpa mengira buruk baiknye asal CINTA kata nye.amboi.mudahnye.kan?
pilihan ibubapa yang mengikut adat dan cara Islam kebiasaanya akan lebih menitik beratkan isu agama dan bangsa..diikuti pula paras  rupa dan keperibadian individu itu sendiri.sebagai contoh ibu lelaki ingin mencari jodoh buat anak terunanya.perempuan yang dicari biasanya mesti yang menutup aurat, sopan santun, tahu tentang adab-adab melayu dan islam juga tatatertib seorang isteri :)
selain itu, cara ini, ibubapa akan bertemu dgn ibubapa pasangan pilihan utk anaknya utk memeterai perjanjian atau bahasa formal merisik.cara ini pon lebih baik sebab kedua-dua keluarga akan tidak punya masalah sebab kedua-dua belah pihak sudah saling kenal mengenali.
erm not bad budaya yang dianggap kolot oleh remaja sekarang nie.erm..pada aku best!

PILIHAN SENDIRI
okess.tadi dah terang panjang lebar tentang pilihan ibubapa kan.now cube kite try menyingkap fenomena utk zaman kita nie.kan?haha.zaman MILLENIUM la.moden.pilihan tak mau ikot pilihan orang lain.mahu pilihan kita je.haha.ini pon ade jugak kebaikkan nye.
actually kalau pilihan diri kita ni kita MUNGKIN lebih kenal akan pasangan kite tu even orang lain kata pasangan kita tu tak elok di mata mereka.So What kan?hoo!!boooOOooo!kikikiki.
selain itu, pilihan kite ni pon mudah sebab kite dah kenal so nak buat apa-apa pon lebih mudah..betul tak??
tapi biasanya, banyak buruk dari baik dari apa yang aku lihat manusia-manusia di sekeliling aku la kan.pilihan kita ni lebih mudah terjebak dgn maksiat sebab pilihan kite ni konfem kite akan selalu jumpe sbb biasanya pilihan kite ni dikalangan member-member kite.so maksiat akan mudah dilakukan even tanpa niat :(
oke.ini sahaja yang aku boleh cerita tentang pilihan sendiri :)

Kesimpulannya pilihan ibubapa ni biasanya lebih baik dari pilihan sendiri kerana ibubapa tidak akan membenarkan anaknya membuat maksiat so pilihan mereka pasti lebih baik berbanding pilihan kita PLUS Islam menggalakkannya.pilihan ibubapa juga menjauhkan kita dari budaya "COUPLE" yang semakin ditegah oleh para ulama kini.
okes..x mau ckp lebih nanti RAAAAAAAAAAAAAAMAI yang terasa.
salam ikhlas :
FotoFadh Darul Insan



p/s : aku menulis atas apa yang aku dgr, lihat dan rasa.sudah dibuat procon juga :) tiada niat utk tuju kepada sesapa jika ada yang TERKENA maybe hanya KEBETULAN.

15.12.11

KASIMA 2011

Oke..rajin pulak aku nak post entry hari ni kan.dah dua kali..but before that..
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh =)
oke..hari Ahad & Isnin (11 & 12 Dis 2011) UiTM ada menganjurkan KArnival OrganisaSI MAhasiswa (KASIMA)..karnival nie dua hari je.so, aku pon join karnival ni under club aku GambarGraphy UiTM Jengka..BUT, aku just join utk hari Isnin sebab hari Ahad aku masih di Shah Alam. aku g Shah Alam sebab amik mak n ayah aku yang baru balik dari Acheh.oke lain dah cerita nie.
So nak cerita tentang KASIMA 2011 ni actually dianjur dan diadakan untuk memberi peluang kat kelab & organisasi yang wujud dalam UiTM Jengka utk buat pameran dan memperkenalkan organisasi diorang kat semua student UiTM Jengka nie especially to FRESHIEs & JUNIORs..haahaa..
Oke so kelab aku jugak ade bukak booth utk tarik ahli & tarik duit-duit bebudak UiTM ni utk join kelab kitorang.antara offer yang kitorang buat kat booth tu adalah :
  • Pameran DSLR camera & LOMO camera.
  • Penerangan apa itu Fotografi.
  • Pendaftaran ahli kelab.
  • Pakej daftar + gambar + button.
  • Penempahan baju kelab.
  • Sesi suai kenal ahli.
  • Penerangan tentang kelab.
  • Pameran gambar-gambar hasil ahli-ahli kelab.
Ahaa..ni la antaranye tau.bukan semua.antara saja.hehe.so mlm tu boleh dikire ramai jugak la yang daftar jadi ahli.so seronok jugak la.sebab pertambahan ahli.tapi yang sedih nye pas jadi ahli senyap je.x de inform baik kat kelab mahupun kat FB..so pada yang baru jadi ahli tu aktif-aktif la ye.jangan senyap saja.

btw, aku pon baru aktif dua sem ni.hehe.before this aktif dalam FB saja.pada yang nak tengok FB account kelab gambargraphy aku dah link page kat atas tu and ni utk group FB Group GambarGraphy UiTM Jengka. aku rasa cukup la kot..ohh.oke.gambar time KASIMA 2011 tu korang boleh tgk kat album FB aku. dont worry aku set as public.semua boleh tgk just click this link Album KASIMA 2011 FotoFadh.
kout.

Salam Ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

DiriMu DiriKu

Jiwaku kosong..
Jiwaku sepi..
MengenangkanMu..
Diriku tersentuh..

Diriku yang sering alpa akan diriMu..
Diriku yang sering mudah melupakan Mu.
Sedangkau Engkau sentiasa ada bersamaku..
Memerhatikanku.
Membantuku.
Membimbingku.

Aku hanya seorang insan hina..
Yang sering mudah melupakan jasa..
Yang sering lupa mengucap syukur..
Itu lah aku.
Insan yang bodoh lagi keji di sisiMu..

Namun..
Engkau begitu Maha Pemurah dan Maha Pengasih..
Sering memberi peluang kepadaku..
Memperbetulkan kesilapanku..
Ku bersyukur kepadaMu..
Oh Tuhanku..

Oleh itu..
Diri ini terasa begitu rindu..
Diri ini terasa begitu sepi..
Diri ini terasa begitu mahu..
Bertemu denganMu..

Tetapi apakan daya..
DiriMu tidak hidup dengan jasad..
DiriMu hidup dengan zatMu..

20 sifatMu ku mencari..
99 namaMu ku mengerti..
Berkaitan pula nama dan sifatMu..
Maka tersedarlah akan kehadiranMu..
Yang sering ada di dalamku..

KebesaranMu..
Kasih dan sayangMu..
Ada di dalam dunia ini..
Yang telah kau kurniakan sejak azalli..

Salam Ikhlas :
FotoFadh Darul Insan

14.12.11

salam lama tak post =P

assalammualaikum BLOGGIE...haha..cukup sebulan lebih aku x bukak ruang new entry nie.hehe..sebok + malas + tiada idea nak posting..oke..but now aku dah kembali before new year ni kan.haha..aku ni mmg mcm ni la.bile masuk je semester baru mesti berlambak kerja and tak cukup masa nak update blog.haihh.
so, aku ni bukan la blogger tegar..ber-blogging pon sekadar suka-suka nak luahkan perasaan dan cerita yang patut di-post ke dalam alam maya melalui blog aku nie.kan?
so far nak story tentang new semester aku..sekarang nie dah semester 4.so aku dah layak digelar sebagai SENIOR.hahaha..senior ke?oke la fine..BUT to all junior x perlu la panggil aku abg-abg segala bagai..agak geli geleman aku tau tak.tambah-tambah lagi yang muke tua nak mampos..yeah..for sure umur korang muda..tapi beza kita setahun je.oke?tp kalo korang nak jugak panggil abg, go on.teruskan.haha.cuma aku geli sikit je la.
so, before this aku mmg stay group CS110D..but for this sem, aku terpaksa pecah kelas sebab nak amik subjek CALCULUS II yang aku x amik sem lepas.haha.sebab kan satu subjek..hancur lebur jadual aku.so skrg nie aku amik 6 subjek.2 subjek stay kelas D (ITS232 & CSC204), 2 subjek masuk kelas C (CSC248 & CSC318) and kelas MGT162 aku join kelas E..unite nye aku.nyampah.haha.oke la jugak campur-campur kelas ne sebab boleh tambah member.kan?haha.cume jarang je la jumpe dgn bebudak kelas aku.huihh..
oke, rumah sewa pulak dah bertambah jumlah penghuni.dari 6 org jadi 9 org.sai and sharil from kelas A masuk rumah aku.but x kesah la.dapat turunkan kadar sewa kan..last sem RM100 sorang.sem ni kurang la sikit.alhamdulillah..tapi kene tahan je la sebab makin ramai orang...makin banyak ragamnye.adat manusia.\oke.cukup setakat ni.if aku RAJEN + ADA IDEA nak post entry aku tulis la.okeh?sekian.

salam ikhlas :
fotofadh darul insan