Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
wooo..Now aku dah start cuti study week..Study week?Means next week dah start final exam!!OMG!haha.Cepatnye masa berlalu..haduii..Dah nak habis part 3..Sem dpn dah masuk part 4 and part 5 dah habis belajar..**kalo x extends la.haha.Tp sem ni aku lalu banyak pengalaman baru..huhu..Mcm2 masalah la berlaku..Baik dari segi rumah sewa, pelajaran, kawan-kawan, family, personal dll.Tp alhamdulillah..Allah atur yg terbaik utk makhluknya yang lemah mcm aku nie.
oke..Cukup cerita hal yg xde kene mengena dgn title post aku.Now nak cerita hal yg berkaitan dgn title post aku kali nie.."Lillahi Taala"..**mcm ustaz la kau ni nak tarbiah org..Salah ke kalo aku sekadar nak berkongsi dgn orang ramai kan?Kalo korang rase aku bajet bagus seperti biasa just click button merah yg ada tanda pangkah kat atas sebelah kanan sekali tu.oke?faham kan?
Actually perkataan "Lillahi Taala" ni semua orang tau..Ade dalam setiap lafaz niat dalam beribadah baik dalam solat, puasa, haji, zakat.Kenapa ye perkataan "Lillahi Taala" nie ade dalam setiap lafaz niat. Sbb "Lillahi Taala" bermaksud "hanya Allah"..Jika nak lebih paham lagi..Segala ibadat yg dilakukan dalam Islam semata-mata kerana Allah..Bukan sebab pahala, bukan sebab nak masuk syurga, bukan sebab lain-lain..HANYA ALLAH!
Tp manusia sekarang (termasuk diri aku juga) banyak dah salah faham dan beribadat sebab nak pahala dan nak masuk syurga. Jelas dalam niat setiap ibadat contohnya solat :
"sahaja aku menunaikan solat fardhu zohor
empat rakaat kerana Allah Taala"
Jelas di situ bahawa kita solat dgn sahaja tanpa paksaan dan arahan dari orang lain dan lafaz ini diakhiri dgn membulatkan hati kepada Allah semata-mata..Permulaan dan pengakhiran lafaz niat solat ini membuktikan Islam memrintahkan umatnya beribadat dalam keadaan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
- kenapa diwujudkan pahala?
- kenapa diwujudkan syurga?
- kenapa diwujudkan ganjaran setiap beribadat?
Perkara-perkara ni diwujudkan sebagai daya penarik utk manusia mendekati Islam. Allah Yang Maha Mengetahui, lebih tahu tentang sifat makhluk yang diciptakan. Manusia ini akan menjadi semangat utk membuat sesuatu jika diberi sesuatu. Oleh itu ganjaran pahala dan syurga diletakkan sebagai bahan penarik utk menarik manusia.
Contohnya, seperti kanak-kanak yg malas makan..Si ibu akan berusaha mencari jalan utk menarik minat anaknye supaya makan.Oleh itu si ibu berjanji utk memberi hadiah jika anaknye makan.Jadi disebabkan hadiah..Si anak akan makan nasi.
Tetapi, pahala dan syurga sebagai daya penarik sahaja kerana yang Islam mahu sampaikan adalah mentauhidkan Allah Taala sebagai satu-satunya pemerintah di alam ini. Apabila kita sebagai hamba kepada Allah Yang Maha Besar dan melakukan ikhlas melakukan ibadat kepadaNya, maka Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tidak akan menzalimi makhluk ciptaanNya.
Berbalik kepada cerita anak yang tidak mahu makan tadi, apabila dia sudah membesar, dia akan dgn rela hati utk makan sebab apabila makan penyakit tidak akan datang. Sama juga dgn beribadat, pada permulaan kita tertarik dgn ganjaran, tetapi apabila sudah faham, insyaAllah kita akan lakukan itu dgn ikhlas kerana Allah semata-mata kerana ingatlah jika kita lakukan sesuatu beribadat tidak mutlak kerana Allah Taala, tidak sempurnalah ibadat kita..wallahualam..
Berbalik kepada cerita anak yang tidak mahu makan tadi, apabila dia sudah membesar, dia akan dgn rela hati utk makan sebab apabila makan penyakit tidak akan datang. Sama juga dgn beribadat, pada permulaan kita tertarik dgn ganjaran, tetapi apabila sudah faham, insyaAllah kita akan lakukan itu dgn ikhlas kerana Allah semata-mata kerana ingatlah jika kita lakukan sesuatu beribadat tidak mutlak kerana Allah Taala, tidak sempurnalah ibadat kita..wallahualam..
p/s : aku juga masih dalam proses pembelajaran dan pengkajian..jika ada sebarang salah faham haruslah dirujuk kembali kepada diri saya kerana saya yang tulis dan menjadi tanggungjawab saya utk menjawab kekeliruan anda.sekian.
salam ikhlas :
fotofadh darul insa.
No comments:
Post a Comment