dikala aku terlihat wajahnya..
aku merasakan ada sesuatu..
ketidakpastian menyelubungi diriku..
lalu aku biarkan perasaan itu pergi berlalu..
hari demi hari aku merinduinya..
kenapa diriku sebegini rupa?
kami masih belum berkenalan..
namun wajahnya terperap difikiran..
kami berjauhan..
namun kami rapat..
aku memahami dia..
dia memahami aku..
kami bertukar pendapat..
kami bersahabat..
lama kelamaan aku semakin sayang akan dirinya..
tetapi apakan daya dia bukan milikku..
aku terkedu..
lidah terkelu..
tidak berkata merasa kaku..
hancur hatiku..
hari ini aku sedih..
akibat mulutku..
dia menyepi..
diam tidak berkhabar..
sepi tiada berita..
lama kelamaan kami tidak berhubung..
hubungan kami terhenti..
persahabatan kami berkubur..
tetapi perasaan ku padanya tetap sama..
aku sayangkan dia..
hari ini aku gembira..
dia kembali menghubungi aku..
kami kembali rapat..
perasaan ku kembali berbunga..
aku bahagia..
rapat denganya sesuatu yang indah..
rapat denganya sesuatu yang indah..
namun aku mahu dia tahu..
aku tetap menyayanginya..
tiada dua tiada tiga..
tetapi..
tetapi..
kemanakah tamat hubungan kami?
sebagai kawan?
sebagai sahabat?
sebagai kekasih?
biar Allah Yang Maha Mengatur lagi Maha Mengetahui yang menentukan..
wallahualam..
salam ikhlas :
fotofadh darul insan
No comments:
Post a Comment